Wednesday 23 February 2011

TAJUK :
SEJARAH SEORANG MUALLAF

DISEDIAKAN UNTUK :
Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin
Pensyarah CTU551

DISEDIAKAN OLEH :
Nurul Atiqa Binti Khalid
2010626912
BMB2Bc

PROGRAM :
IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BM223)


ABSTRAK
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a : “Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”

(al-Bukahri)


PENDAHULUAN

Islam menggalakkan umatnya mendalami ilmu. Tidak kira lah apa jenis ilmu sekalipun asalkan ia tidak bercanggah dengan ajaran agama Islam sendiri. Bukan sahaja agama Islam sahaja menyuruh umatnya menuntut ilmu malah agama lain juga mengamalkan perkara yang sama. Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Sesungguhnya agama adalah mudah. Tiada seorang pun yang berlebih-lebihan dalam agama melainkan ia dikalahkan. Perbetulkanlah, dekatkanlah dan bergembiralah. Bantulah diri kamu dan orang –orang disekeliling kamu dengan beramal dan mengamalkan ilmu setiap hari tanpa jemu. Muallaf mengikut Kamus Dewan bermaksud orang-orang yang baru memeluk Islam atau saudara baru. Mengikut penulisan Ibn Manzur, Muallaf bermaksud menghimpunkan sesuatu dengan sesuatu atau menyatukan sesuatu dengan sesuatu. 

BIODATA


Pada cuti pertengahan sem yang lepas, saya sempat menemu ramah seorang muallaf bagi menyempurnakan kerja khusus CTU551 ini. Beliau dikenali dengan nama barunya iaitu Mohamed Aris Bin Abdullah. Beliau berasal daripada Sungai Siput, Perak Darul Redzuan. Beliau berusia 58 tahun. Beliau di lahirkan di HospitaL Besar Sungai Siput pada 25 April 1952. Beliau merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik. Beliau berbangsa Cina dan beragama Kristian sebelum memeluk Islam. Beliau dikenali dengan nama Ng Tuck Fatt @ Steven Ng. Beliau sahaja yang memeluk Islam di kalangan adik-beradiknya. Beliau berkahwin pada tahun 1977 dengan Noriah Binti Md. Noor dan dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Rossi Bin Mohamed Aris, Ronnie Bin Mohamed Aris dan juga Rennie Bin Mohamed Aris. Semua anak-anak beliau sudah pun menamatkan pengajian mereka dan kini mempunyai kerjaya sendiri di atas sokongan dan doa berkat beliau terhadap anak-anak. Beliau sangat mementingkan masa depan anak-anak beliau dan juga kesejahteraan kelurga.


PENDIDIKAN

Beliau memulakan pendidikan beliau ketika beliau berusia lima tahun di mana ibu bapa beliau menghantar beliau ke sekolah tadika cina di kawasan perumahan mereka di Sungai Siput, Perak. Beliau  meneruskan pendidikan beliau di Sekolah Kebangsaan Sungai Siput. Beliau menghabiskan pengajian beliau sehingga darjah enam dan kemudiannya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Siput sehingga ke tingkatan enam. Beliau tidak meneruskan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi atas sebab keluarga. Bapanya mempunyai perniagaan kayu dan memandangkan beliau merupakan anak lelaki pertama dalam keluarga, beliau diamanahkan oleh bapanya untuk menyambung perusahaan kayu kerana bapanya sudah lanjut usia dan tidak mampu untuk menguruskan perusahan tersebut.


PENGALAMAN KERJA

Seperti yang dinyatakan di atas, beliau diamanahkan oleh bapanya untuk menguruskan perniagaan kayu  bapanya. Pada mulanya beliau agak keberatan untuk mengurus perniagaan tersebut kerana beliau berniat untuk meneruskan pengajian dan ingin mencapai cita-cita untuk menjadi seorang doktor. Sudah ketentuan tuhan, beliau dengan rela hati meneruskan juga perniagaan bapanya. Beliau bermula kerja ketika beliau berusia dua puluh tahun dan beliau merasakan terlalu berat baginya, yang baru berusia dua puluh tahun untuk menguruskan perniagaan tersebut kerana beliau tidak tahu langsung selok-belok perniagaan. Walau bagaimanapun, beliau tetap berusaha untuk memenuhi amanah bapanya. Beliau menguruskan perniagaan ini bersama-sama ibu dan kakak sulungnya. Ng Tay Lin@Ai Lin Ng. Semasa beliau berusia dua puluh enam tahun, beliau dan isteri berhijrah ke Indonesia atas urusan perniagaan. Beliau dan isteri serta anak-anaknya ketika itu, Rossi dan Ronnie menetap di Indonesia selama tujuh tahun. Beliau terasa inilah rezeki Allah s.a.w berikan kepada beliau kerana mendalami agama Islam.


PROSEDUR- PROSEDUR MEMELUK ISLAM DI MALAYSIA

Di Malaysia memeluk agama Islam bukanlah sesuatu yang boleh di ambil ringan. Ini kerana Malaysia adalah di antara Negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam. Oleh itu, bagi mereka yang ingin memeluk agama Islam daripada agama lain perlu melalui proses-proses yang betul dan yang deperakui oleh Jabatan Agama Islam. Kehendak-kehendak yang berikut hendaklah dipatuhi  bagi pemelukan sah agama Islam oleh sesorang. Syarat-syaratnya ialah orang itu mestilah mengucapkan dua kalimah Syahadah dalam Bahasa Arab secara jelas dan terang, pada masa seseorang itu mengucapkan dua kalimah Syahadah itu. Syarat yang kedua ialah orang itu mestilah sedar bahawa kalimah yang diucapkan olehnya itu membawa maksud “Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku menjadi saksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w ialah pesuruh Allah”. Syarat yang terakhir pula adalah pengucapan yang dilakukan itu mestilah dibuat dengan kerelaan hati orang itu sendiri. Bagi mereka yang mempunyai masalah tidak boleh berkata-kata, ketika hendak melakukan pengucapan dua kalimah syahadah itu, seseorang itu hendaklah menunjukkan isyarat bahawa beliau faham akan erti maksudnya dua kalimah syahadah itu. Setelah selesainya semua itu, maka sahlah beliau sebagai seorang muallaf yang baru memeluk agama Islam. Selain itu, seseorang muallaf yang ingin mendapatkan pengiktirafan sebagai orang Islam yang baru perlu memenuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam di negeri-negeri yang berkenaan. Untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut, seseorang itu hendaklah memeluk agama Islam dan pemelukan itu telah didaftarkan dalam Daftar Muallaf di negeri-negeri yang berkenaan. Maka dengan itu secara tidak langsungnya seseorang itu wajib diperlakukan sebagai orang Islam yang lain.


PENGALAMAN MENGENALI ISLAM

Beliau mengenali Islam sejak beliau berada di sekolah menengah lagi. Walaupun beliau hanya bergaul dengan kaum cina sahaja di sekolahnya, namun yang demikian, beliau masih mempunyai rakan-rakan yang berbangsa melayu. Ketika beliau bekerja, beliau mengenali Noriah Binti Md. Noor yang juga merupakan pekerja beliau. Setelah berkenal rapat dengan Noriah, beliau terpikat dengan ciri-ciri keislaman yang ada pada Noriah. Encik Aris berhasrat untuk mendalami lagi tentang ajaran agama Islam. Kata beliau, adakah Kristian itu benar? Beliau melihat patung-patung Jesus, mereka cuma benda mati tanpa nyawa. Beliau tambah bingung apabila Kristian menyatakan bahawa Tuhan ada tiga. Noriah tidak putus-putus berkongsi tentang ilmu agama kepada Encik Aris. Noriah memberikan Al-Quran kepada Encik Aris. Pada mulanya beliau tidak pernah terfikir untuk memeluk Islam, tetapi ia merasakan sesuatu istimewa dalam agama Islam ini. Beliau menerima Al-Quran pemberian Noriah dan membaca tafsirannya. Saat itulah beliau merasakan bahawa beliau telah menemukan agama yang benar. Beliau merasakan agama Islam adalah agama yang ringkas dan suci.

PENGALAMAN BERGELAR MUALLAF

Pada tarikh 23 Julai 1977 iaitu beberapa bulan sebelum beliau melangsungkan pernikahannya dengan Noriah Md. Noor, beliau secara rasminya bergelar Islam dengan melafazkan dua khalimah syahadah di Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan. Beliau di saksikan oleh wakil Pejabat Agama Islam tersebut dan juga Noriah serta ahli keluarga Noriah. Tidak dapat digambarkan perasaan beliau ketika itu. Beliau tidak dapat menyatakan bagaimana perasaannya ketika itu. Gembira dan juga sebak bercampur baur. Beliau bersyukur kerana segala berjalan dengan lancar dan beliau menitiskan air mata kesyukuran atas hidayah yang diberi Allah s.w.t kepada dirinya. Beliau mendalami ajaran agama Islam semasa beliau dan keluarga berhijrah ke Indonesia. Di sana beliau mempelajari ilmu agama di sebuah pusat pengajian agama. Beliau merasa hidupnya lebih tenang setelah menganut agama Islam malah beliau menyatakan, rezeki nya semakin melimpah –ruah setelah memeluk agama Islam. Beliau menghabiskan masa beliau dengan membaca buku-buku agama Islam untuk mendalami lagi ilmu agama. Baginya, biarlah duitnya habis membeli buku-buku agama kerana sesungguhnya ilmu adalah suatu perkara yang wajib. Daripada Anas bin Malik r.a. bersabda Rasulullah s.a.w “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim”.



KENANGAN PAHIT

Setiap manusia dunia ini sudah pastinya mengalami pengalaman pahit di dalam hidupnya. Begitu juga Mohamed Aris Bin Abdullah. Beliau menceritakan kenangan pahit beliau semasa beliau mahu memeluk agama Islam. Walau bagaimanapun beliau teguh dan berjaya menangani masalah tersebut. Semasa beliau mula-mula mahu memeluk Islam, niat murninya itu ditentang hebat keluarga. Kerana ajaran Kristian di kalangan keluarga beliau sangat kuat. Beliau sehingga kan hampir di halau keluar rumah oleh bapanya dan bapanya  juga pernah menyatakan beliau lupa diri setelah berjaya mengusahakan perniagaan bapanya. Bapanya juga pernah mengatakan beliau tidak kenang budi keluarga. Namun bagaimanapun, ibunya memahami dan ibunya merestui niat baiknya untuk memeluk Islam. Ibunya cuba menerangkan kepada bapanya dan lama kelamaan bapanya merestui beliau memeluk Islam.

Satu lagi kenangan pahit yang beliau lalui apabila anak sulungnya, Rossi Mohamed Aris, terlalu taksub dengan keturunannya sehingga kan menyalahkan bapanya memeluk Islam kerana dia lebih suka akan agama Kristian. Encik Aris sedih dan beliau menyatakan, apa yang terjadi ke atas Rossi adalah dari silap dirinya sendiri kerana terlalu memanjakan anaknya itu. Walau bagaimanapun, Encik Aris menasihati anaknya dan anaknya itu mula menerima ajaran agama Islam. Encik Aris juga pernah di caci oleh orang Islam semasa mula-mula beliau memeluk Islam kerana orang sekelilingnya pernah ternampak tatu di tangan kirinya. Tatu itu diukir olehnya semasa beliau berusia sembilan belas tahun. Tatu itu terukir nama cinanya iaitu Ng Tuck Fatt. Tatu, Orang sekeliling mnyatakan bahawa beliau memeluk Islam hanya atas dasar ingin berkahwin dengan Noriah bukan kerana beliau betul-betul ikhlas. Hukum tatu adalah jelas dilarang dalam Islam. Ini berdasarkan kepada Hadith Rasululllah s.a.w. yang menyatakan  Islam tidak memberatkan umatnya. Kaedah yang digunakan iaitu sekiranya sesuatu yang dilakukan itu boleh mendatangkan bahaya dan mudharat pada diri, maka ia perlu dielakkkan. Kaedah ini juga terpakai bagi seorang muslim yang bertatu dan telah bertaubat daripada perbuatan tersebut. Banyak cara diperkenalkan untuk menghilangkan tatu dan orang yang memakai tatu perlu berusaha untuk menghilangkannya dan menggunakan cara yang tidak membahayakan diri dan nyawa mereka. Mereka yang bertatu tetapi telah menyesal dan bertaubat dari perbuatan tersebut tetapi tidak boleh menghilangkannya dengan cara yang selamat, boleh melakukan ibadat solat dan ibadat-ibadat yang lain. Beliau cuba menghilangkan tatu itu sedikit demi sedikit kerana proses menghilangkan tatu memerlukan kekuatan mental dan fizikal kerana proses itu menyakitkan sedikit.


SUMBANGAN

Apabila di tanya beliau tentang sumbangan beliau. Beliau menyatakan Allah s.w.t banyak memberi rezeki. Tidak putus-putus Allah s.w.t memberi rezeki kepadanya. Beliau sedikit sebanyak menderma di rumah-rumah kebajikan terutamanya rumah orang-orang tua kerana beliau sangat mengasihi orang-orang tua. Dari kecil beliau di didik oleh kedua orang tua nya agar menghormati orang yang lebih tua darinya. Beliau bersyukur kerana beliau tidak pun mempunyai sifat untuk mengabaikan ibu bapanya sendiri. Selain itu, beliau juga meluangkan masa beliau melawat rumah anak anak yatim. Semasa beliau melawat anak-anak yatim, beliau juga ada menceritakan sedikit sebanyak pengalaman beliau menjadi seorang muallaf. Beliau juga mempunyai seorang anak angkat perempuan memandangkan beliau tidak mempunyai anak perempuan.


 PESANAN

Pesanan yang beliau sampaikan untuk pelajar-pelajar dan umat Islam adalah sentiasa ingat bahawa Allah s.w.t sentiasa berada di sisi ketika kita susah dan senang. Beliau menyatakan beliau begitu terkesima dengan kuasa tuhan. Beliau berkata Allah s.w.t sangat pemurah dan sentiasa menolong hambaNya yang berada di dalam kesusahan. Beliau telah menempuh banyak suka duka perit kehidupan dan beliau amatlah bersyukur kerana pengalaman pahit hidupnya itu dialaminya hanya buat sementara waktu. Tuhan menguji umatnya supaya umatnya menjadi lebih kuat dan lebih mengingatiNya. Tuhan hanya menguji umatNya di atas kemampuannya sahaja. Solat lima waktu jangan ditinggalkan kerana solat merupakan tonggak agama Islam. Tiada solat jatuhlah dinding iman dalam diri. Di dalam Al-Quran terdapat surah yang dinamakan surah Luqman iaitu surah ke-31. Di dalamnya Allah menyatakan “Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepada Luqman bahawa bersyukurlah kepada Allah. Di dalam surah ini juga mengandungi pesanan Luqman kepada anaknya iaitu di ayat ke 17 “Wahai anakku!Dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah perbuatan mungkar dan bersabarlah di atas bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah perkara yang sangat penting. Beliau berpesan juga supaya senantiasa mengamalkan bacaan ayat-ayat Al-Quran kerana sesungguhnya ayat-ayat Al-Quran boleh menenangkan jiwa dan juga boleh menjauhkan diri kita dari anasir-anasir jahat.


KESIMPULAN

Kesimpulannya, sesungguhnya Islam adalah agama yang suci dan mudah. Kita sebagai umat Islam seharusnya memberi dorongan kepada sesiapa sahaja yang berhasrat untuk memeluk agama Islam.